twitter
rss


Tak salahkan kalau kita nk menikmati kegembiraan kerana berjaya menyiapkan kerja sebelum waktunya,…kerana masih dapat menjaga anak sendiri,… kerana usaha kita dihargai?! Ya, saya nk menikmatinya selagi boleh…! =DDD

Hanya En.Hubby dan Allah sahaja yg tahu bagaimana saya cuba menyiapkannya dalam keadaan sekarang ni! Thanks abg for sharing your brilliant idea! Tak sia-sia En. Hubby ambil kelas RC (Rekacipta) masa di Mrsm Jasin dulu. =p

Alhamdulillah,…Alhamdulillah,…Alhamdulillah! Perjumpaan dengan Prof. tgh hari tadi pun sngt positif. Sangat gembira bila Prof. menghargai apa yang saya lakukan. Hasil kerja yg biasa saje tapi bila diterima rasa semakin bersemangat!

"Prof, sila marah saya jika saya terleka!", itulah kata-kata gurauan saya pd Prof.tadi Walaupun dalam nada bergurau tp saya benar2 maksudkannya! Prof., terima kasih di atas kata-kata semangat yg diberikan. Saya faham tajuk ni tak semudah yang dilihat, tapi saya akan berusaha melaksanakannya! Sangat sangat la gembira kerana saya sudah ada mentor!=D Dan yg paling best lagi, saya dapat jaga sendiri Fahim Amzar sekurang-kurangnya hingga dia berumur 6 bulan (Sbb belum ada kekosongan tmpat di lab lagi)! Yeay!

Kejayaan sahabat-sahabat lain (Dr. Afandi, Dr. Amzari, K.Yus dan Abg Nan…) akan saya jadikan sebagai dorongan utk kaki ini terus melangkah lebih jauh dan semakin laju!



Perjalanan masih awal
lagi.
Anida, keep your momentum on the right track!

Jgn tersasar!


Picture source: Internet



Itu la pertanyaan yang kerap kali ditanya pd saya bila diaorg tahu yg saya tgh sambung belajar lagi.

Mencabar in bracket susah. Actually, org lain yg selalu tnya mesti guna perkataan susah instead of mencabar. Perkataan susah tu nampak negative sngt, tp bila tukar kpd mencabar, baru nampak positive sikit. Dan, saya selagi boleh tak nak katakan benda tu susah. Ianya tak susah pun, cuma memerlukan kesabaran yg tinggi dan semangat yang kuat utk melaksanakan tanggungjwb yg diamanahkan oleh ALLAH.

Kalau ada sesiapa kata tk mencabar, nampak sngt membohongnya kan? The truth is memangla mencabar. Nak-nak lagi bila ank masih baby lagi, baru 4 bulan 3 mnggu, masih menyusu badan 'agak sepenuhnya'( tak dpt nk kata sepenuhnya sbb dah dua kali bagi formula milk masa kat Taska =( ) dan masih dijaga sendiri; hantar taska baru 2 kali. Huhu. Sudah bersuami, mestilah kena layan suami, makan, minum, pakaian etc. Tapi kalau belum kahwin pulak, cabarannya tentulah berbezakan? Yang tu saya dah rasa masa undergrad dan buat masters. Tak byk benda nak fikirkn or risaukan,can totally concentrate on study!
B A H A G I A? Tentulah tapi seriously, takkan rasa sebahagia bila dah kahwin dan punya anak! Rasa bahagia skrg lebih bermakna sebab kita boleh sharing cabaran even sweeter, the victory with suami/isteri dan anak-anak selain drpd parents kita!

Motivasi saya telah kembali semula! Alhamdulillah...Tp saya sedar dan amat mengenali diri saya berkenaan hal2 motivasi diri ni. Hubungan motivasi dan saya ibarat roller-coaster! Cuma satu saya pinta dr Ilahi; "tetapkanlah hati ini untuk terus beruasaha dan berkatilah setiap apa yg saya lakukan". Amiiiin. Buat sahabat2 lain (Eno, En Affandi, Liza, Wani, Anas, Syarfa, Suriana, Omar, Hairol Jabbar) yg turut sama berjuang di landasan PhD ni dan yg akn menyusul tidak lama lg (Fizah Mahri, Izza, Nini, Yati, Ansar, Shirley, K.Fizah, Vicki dan lain2 lagi), semoga kita semua dikuatkan semangat dan iltizam utk menyudahkan pengajian dgn seribu satu kejayaan!!! Amiiiiiin! NB:Sungguhpun seperti roller-coaster, saya akan cuba hadapi dengan senyuman!=)


 


 


Picture source: Internet and own's collection



Ribut mana ntah yg dtg menjengah semalam, saya tetiba rasa down! Dr. motivasi pergi conference kat oversea agaknya sbb tu lah saya tetiba hilang arah sekejap! Prof da bgtaw clearly what should I do first tp bila saya study previous student (kini merangkap sbg co-SV) punya kerja, saya terus jd down and demotivated!

Anida, stop comparing yourself with others!

Prof Fauzi ckp, sepanjang perjalanan buat PhD ni, pasti kita akan menangis. Dia sendiri mengaku yg diapun menangis. Tp aku, awal2 perjalanan pun da menangis dah! Huhu =((. En. Hubby saya sngtla memahami. Boleh baca riak muka saya yg sngt berubah (walaupun saya cuba mengawalnya sebaik mungkin dr kelihatan di wajah ni). Bbrpa kali tnya, saya ok ke tak? Saya sangaaatlaa tdk ok abg! Huhu.

Mlm td, En. Hubby memotivatekan saya semula...Lega rasanya slps dpt meluahkan dan berkongsi apa yg saya rasakan..fikirkan dgn En. Hubby tersayang...TQ by! Moral support dr abg, akn menguatkn lg langkah kaki ini! Bila lihat muka fahim (buah hatiku), saya cuba bangkit semula dr perasaan negative ini...Umi akn berusaha syg!


Anida, Ingat balik matlamat asalmu!


 


At the end of the class, Prof Fauzi gave us the assignment. 2 pages worth of new idea! It can be anything; we can write or even draw to portray the concept of the new idea! He explained 1 example: "Bendable concrete".

The idea was formed back then in '92 by his SV and later on became a reality around 2002. After his SV proposed this topic to be as a PhD research, none of them care and brave enough to take that challenge. Why? Because they thought it was impossible to do that and it was like gambling your life to do something that would not worth you anything at the end of the PhD journey !

O K.--> New Idea. Pleaaaaseeee,..come to meßboleh ke mcmni?



picture source: Internet

Punyalah cemas kami dibuatnya! Cari punya cari punya cari, tp x jumpa! Aku minta abg stay dgn fahim, biar aku ygg cari! Lihat muka abg, walaupun dia cuba berlagak tenang, namun riak cemas tetap ada.. Rasa bersalah sangat! Aku yg beria-ia mengajak abg pi Floria festival di Putrajaya, alih-alih jadi mcmni! Ya Allah, sgt rasa bersalah sampaikan aku rasa nak menangis masa tu jugak! Tengok pula Fahim dalam stroller yg terlena nyenyak, menambahkn lagi rasa kasihan dan bersalah aku pd si kecil ituUmi dia yg beria-ia sngt nk tgok bunga-bunga, Fahimnya terpaksala ikut sama! huhu

Aku minta lg abg tekan button alarm sound supaya senang kami nk locate arah. Tapi cubaan demi cubaan abg, tk mndtgkn hasil. Tak dengar apa2-pun! Menyirap darah gemuruh aku! Aku yg dah memang gelabah, bertambah-tambah jadinya! Tp abg x mati akal, dlm kerisauan dia cuba mengawal keadaan, bersikap tenang dan sangat la professional klu nk dibandingkan dgn keadaan aku masa tu!

Abg memanjangkan leher melihat sekeliling. "Tunggu sini dgn Fahim. Abg nak tengok arah sana". Aku angguk, akur.

Abg balik semula dgn senyuman. Aku? Aku apa lagi, rasa nk peluk laki aku time tu jgk!

"Kat sana la yang". Huwaaaaaaaa, lega gila aku dgr! Ingatkan ben-10 kene r****k! Tak sanggup nk sebut perkataan ituh! Nauzubillah!

Moral of the story : Lain kali, klu park kereta, cam betul2 tempatnya especially bila keluar time malam2! huhu

ben-10: is my hubby's precious car's nickname…hehe


Ya Allah, betapa rindunya aku kat dia, si kecil yg masih belum mengenal dosa, si kecil yg masih tidak mengetahui apa-apa ttg dunia luar, si kecil yang aku kandung dan bawa selama 38 minggu dan 5 hari!

Sob3...Buat kali keduanya, aku n hubby hntar Fahim ke taska. Sepertimana kali pertama dulu, berjurai-jurai air mata aku jatuh masa dlm kereta. Walaupun aku punya kesempatan untuk menjaga Fahim sehingga umur dia 4 bulan lebih, tp still sayang ibu pd anaknya menyebabkan amat sukar utk aku melepaskan dia. Hubby kata aku sbg uminya perlu kuatkan semangat! BETUL! Hubby kata lagi, akukan tgh smbung belajar, bukannya aku bazirkan masa buat perkara yg sia-sia. BETUL! Dan hubby cuba menceriakan aku dgn kata-kata perangsang yg lain.( Terima kasih abang!) Moral support dr hubby mmg amat diperlukan tetapi kesedihan aku melepaskan anak sendiri pd jagaan org lain tidak akan hilang sebegitu mudah!

Perkara yg paling aku tekankan pd teacher td ialah supaya tengok2kan Fahim selalu takut2 dia terjaga sbbnya dia tgh tidur masa aku tnggalkan tadi. Sejak dah bijak meniarap ni, bangun tidur jer, klu terlambat dalam seminit nk jengok dia, confirm da meniarap dah. Aku cuma risau bab muka dia tu. Fahim suka sngt licking permukaan lantai ke, tilam ke, apa2 lah yg ada kat bawah dia. Satu lagi, of course la psl safety dia. ? Ya Allah, KAU lindungilah anak ku dari sebarang bahaya dan kecuaian manusia. Amiiiiin!

Mcmmana la reaksi Fahim bila bangun tidur nnt. Celik mata, bukannya umi dia yg dtg tp stranger! Huhu, ciannya buah hati umi ni. Sob3...Last time hantar, dia da bangun, hisap2 penumbuk tgn dia tu. Masa tu, serah kat teacher, x takutpun, nangis pun tak. But this time, since he gains ability to flip his body, is there any possibility that his brain also developing to some extent; that he can now differentiate between familiar faces and strangers? Since, hari ni aku ada kelas dr jam 5 hingga 8mlm, bermakna dekat 13 jam lebih aku takkan ketemu buah hati aku ni! LAMANYAAAAAAAAA! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan...

Fahim Amzar, masa tanpamu di sisi umi, akan umi gunakan sebaik yg mungkin! Tetapi yg pasti dan akan selalu ada sungguhpun kamu berada dekat sekali dgn umi ialah RINDU!
Umi
RINDU
kamu! Always....


Bukan wang yang aku peningkan!!....TETAPI kelas...yaa kelas RM...Research Methodology....hukhuk

Kelas mula jam 5pm until 8pm and yg 'bestnya' hari Jumaat lak tu! Dulu time kerja, hari Jumaat laa aku tunggu sbb nak 'chow' dr UTHM balik KL jumpa hubby..Mujurlaa skrg da live together-gether...Mmg trend kat Msiakan, kelas post-grad ni buat time-time mcmni? Masa aku kt QMUL dulu, kelas postgrad buat 2 hari, Tue and Thurs, so sesiapa yg bekerja tu, mmg akan dapat pelepasan khas dr majikan masing2. Dah mmg majikan diaorg yg hntar, so mmg WAJIB la bagi pelepasan tu kan?

Pd pendapat aku la, bagus jugak kelas RM ni disediakan semula utk student postgrad especially kes khas mcm aku, yg dah laaaamaaa sngt berehat dari belajar ni. Last kelas RM yg aku pergi bulan Okt last year. Anjuran UKM gak. Nsb baik Unit Cuti Belajar luluskan application aku utk join sbbnya, dia org akan minta staf join RM course yg dikonduk oleh UTHM jgk! Tp pd aku la, best lg kot join RM course yg dianjurkan oleh university lain.

Sebabnya, 1. Dpt suasana baru! UKM buat kursus RM kat Concorde Inn, Sepang. Makanannya sngt heaven utk aku yg tgh mengandungkan Fahim Amzar masa tu 2. Dpt kenal kwn baru. Aku jumpa org yg sama profesion mcm aku tp bidang yg berbeza-beza. 3. Dpt jumpa Prof2 yg kita x pernah kenalpun 4. Bila time present, tkde la nk malu2 sngt sbb present dpn org yg kita kenal sekali tu je, in case klu salah ckp, da x jumpa lagi dah lepas tu, melainkan klu ada jodoh tuk ketemu...hehehe

Dan utk kelas esok ni, aku baru perasan yg Prof yg akan mengajar aku sok adalah Prof yg sama jadi panel time aku present kursus RM di Concorde Inn. Aku sure la dia tak leh nk cam aku dah sbb first; last time aku agak 'muk' sikit, maklumla bwk baby dlm perut and 2nd, ada byk lagi yg prof tu nk kene ingat selain daripada nk ingt cam muka aku ni...!=)


 


 

Saya sangat gembira dapat sambung Ph.D kerana:

  1. Dapat tinggal sama-sama dgn suami saya! =) (Slps sthun lebih PJJ..=()*


     


  2. Saya dapat jaga Fahim tersayang! =) (mmuuuaaah mmmuuuaahh)*


 

  1. Dapat tinggal di Bangi. Bangi sngt BEST! (banding dgn Prt Raja...huhu)*


     


     

  2. SV saya sngt baik (so far laa...hopefully berterusan...Amiiiiin)*


 

  1. Saya sudah bersedia utk belajar semula!*


     


     

    Anida, jgn putus asa!

Ada a few things yg aku nk beli utk melengkapkan lagi keperluan Ph.D ni. Antaranya, kamus elektronik. Saje nk try guna yg tu lak. Nk cari yg siap ade suara utk correct pronunciation. Selain utk aku guna, boleh gak baby Fahim guna skali! =)

Selain tu, nk beli rak buku. Tiap2 bulan mesti beli 1 or 2 buah buku tp xde tmpat nk letak nicely. Rak tu semestinya la akn digunakan utk meletak folder2 berkaitan dgn journals/articles.

What else eh?!

Oh ya, nk beli buku pasal signal processing tp blom survey lagi. Nak baca utk tmbahkan pengetahuan. Walaupun kat internet byk tp aku sebenarnya suka old-fashion sket. Huhu.

Dalam usaha mengeluarkan tgn

Fahim cuba keluarkan tgn knn dengan menaikkn punggung setinggi yg boleh!

Umi abi, Fahim berjaya! hihi Fahim yg sngt xcited smpi menyembur2 air liur!




Subhanallah, Alhamdulillah! Tk tergambar perasaan dan naluri aku sbg seorg umi, apabila melihat buah hati pengarang jantung aku ni da bule meniarap! Tengokla cubaan-cubaan yg dia lakukan. Nasib baik kami dgr ckp org tua, jgn tolong bila baby nk cuba meniarap. Sbbnya, kita akn hargai sngt2 momen bilamana si kecil ni buat benda tu dngn usaha lelah sendiri! 2,3 hari sebelum ni mmg da nmpak dia cuba nk meniarap tp setakat mengiring ke kanan n ke kiri. Tp ptg semalam, masa aku leka di dapur, hubby jerit dari living room bagitaw yg Fahim Amzar da start angkat bahu tuk terbalikkan badan.

Hubby ckp dia x perasan yg Fahim da mcmtu sbb dok khusyuk bacakn islamic story pd Fahim. Toleh sebelah, tgok ank tgh berusaha nk meniarap! Gembira sngt sbb so far, Fahim dapat membesar dgn sihat dan tally dgn perkembangan normal baby seusia dia! So, yesterday after living for about 4 months, 8 days; Fahim can now roll over; flip over his body from back to front! Yg best tu, lepas berjaya in first try, second try dia buat sekejap je! Masa fisrt try, Fahim ada problem nk keluarkn tgn kanan. Dia mcm berhati2 sngt tp in his 2nd try, jd cepat sbb dia da tahu cara! I personally think that he is a fast-learner!

This was the best reward 4 me! Sbbnya, Fahim demam selsema lepas hntr dia ke nursery dan dia agak meragamlah sampaikan aku n hubby pun turut sama dijangkiti virus tu dr dia! So smlm bila kami semua sembuh sikit, Fahim berikn 'hadiah' brmakna ni buat kami! TQ syg, umi n abi tersaaangaaaatla gembira! Sbnrya, awal2 aku risau sikit sbb Fahim lebih suka nk belajar duduk terus! Asal pangku dia mcm style nk nyusu, dia mulalah tolak badan dia ke depan, bila pangku duduk pulak, dia mula pula hayunkan bdn ke depan ke belakang smpai buat aku terpikir, dia x brminat nk meniarap ke? Bila time baring, dia cuba tolak badan dia ke atas mcm kita nk bangun dr baring tu! Haiisyyhhh, mcm2 kan Fahim ni!?

Tapi, bila tgok Fahim da meniarap ni, umi x kisah dah klu Fahim nk belajar duduk pula lepas ni! =D

Semalam dah jumpa SV so bermakna, secara rasminya semalam dah bermulalah perjalanan rasmi aku sebagai pelajar PhD. Secara x rasmi dah lama bermula sebelum aku preggy lagi tapi masa tu org kata not in a serious move laaa. huhu. Boleh pula mcm tu ek?

Aku sebenarnya cuba nak propose tajuk sendiri tapi SV mcm x berapa nak setuju walaupun dia cakap dia open untuk bincang dengan aku. To me, dia lebih suka kalau aku buat tajuk yang dia cadangkan. Aku bukannya x nak buat tajuk dia, cuma aku nak cuba dulu dengan tajuk aku sendiri. So, prof minta aku beri time-frame bila aku boleh tunjukkan hasil daripada perbincangan aku dengan dia berkenaan tajuk yg aku propose tu. Max period, within 2 weeks la, tu tempoh yg terbaik aku boleh bagi sbb akupun x nak drag masa byk sngt nanti aku gak yang rugi!

Kalau aku nilai pro n con antara tajuk sendiri n tajuk SV, bnyk benda yg aku kene buat if aku insist tuk buat tajuk sendiri sedangkan tajuk SV tu, aku da bule mulakan experiment kat hospital! Bak kate prof, tajuk aku tu at least memerlukan ground study from 3 to 6 months and dia sendiri x boleh nak guide bnyk since bidang tu di luar daripada usual works dia. Okay, part yg x boleh nk guide byk tu la yg aku x brapa nk suka tu. Sebabnya, klu dia boleh guide byk2, tkdela aku jadi mcm anak ayam kehilangan ibunya! Apa gunanya istilah SV klu dia x supervise n guide dgn baikkan?

Semalam mencatat sejarah peribadi aku. Buat pertama kalinya aku berpisah dgn permata jantung aku, Muhammad Fahim Amzar setelah hidup bersama selama 4 bulan 1 hari! huhu. Ikutkan hati, nak je kelek fahim ke mana aku pergi tapi maafkan umi sayang, umi ada tnggungjwb lain yg perlu digalasi. Walaumcmnapun, Fahim dan abi Fahim tetap menjadi priority dlm hidup umi!(^_^). Terfikir gak aku mcmnala ibu-ibu lain yg dah masuk bekerja sebaik shj cuti bersalin 2 bulan tu tamat! Tabahnya mereka semua tu!

Org ckp, ank lelaki ni kuat menyusu. Aku x pasti sejauh mana 'kuatnya' Fahim menyusu sampailah semalam, owner taska tu beritahu"Nida, pam susu byk sikit yee. Fahim ni kuat sangat menyusu!" Huhu. Buat pertama kalinya jgk, Fahim minum formula milk. Aku n hubby mmg da standby setin Enfalac takut2 Fahim demand lebih. Minta maafla anak umi syg, hasrat nak buat exclusive breastfeed tidak kesampaian di sbbkan susu bdn umi ni berkurangan lately. 5 botol susu perah:2 botol susu formula utk tempoh 11jam, total dlm 35 oz. Kuat jgk anak aku ni menyusu rupanya....tu belum kira dia balik rumah aku bagi direct feeding and nursing him till late!

Paling menggembirakan hati bila dengar owner taska tu puji Fahim. Alhamdulillah. Lega sangat dengar. Fahim dengar cakap aku rupanya. Walaupun dia baby lagi, tapi naluri ibu yg suka menasihat anak, sudahpun aku praktikkan pd Fahim. Fahim; yg memahami; yg bijaksana. Sebagaimana maksud nama diberi,seperti itu jugalah yg umi harapkn dr mu wahai anakku! Mudah-mudahan Fahim berterusan baik di taska sana ya! Amiiiiiiiin!

Disebabkn stok susu yg semakin berkurangan, aku da google mcmna nk increase milk supply ni. Too many options tp maybe aku ambil yg paling mudah utk aku gunakan. Heard about Feenugreek's benefit, so maybe i'll consider to buy it! Fahim syg, umi akn berusaha ke arah exclusive BF yaaa! And need to add more protein in my diet plan. Actually, x diet pun sbb perut ni asyik lapar je. Org tua kata, menyusukan budak mmg kuat makan. Anyway, still kena jg badan supaya fit and sihat selalukan? Nk dptkn balik berat bdn dulu; which is 46kg(before pregnant), teramatlaa impossible! So, yg berat skrg ni la(51-54kg) kene maintain supaya x obes! Dulu punyala susah nk gain weight tp skrg, asal mkn byk jer, berat dr 51kg boleh terus mencanak naik 54kg dlm masa seminggu lebih! Mmg kena alert selalu!=p

So, today, Fahim stays with me, x hantar taska. Merayu kat hubby minta Fahim stay. Lagipun, daftar kat Fakulti esok, so harini lepak2 rumah sambil nk baca proposal Ph.D yg telah lama ditinggalkn; adalah dekat 5 bulan. Mak aiihh lamakan?! Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah urusan kehidupanku dan hari akhiratku! Semoga aku dapat memikul setiap tnggjwb yg diamanahkan dengan cemerlang! Amin amin Ya rabbal A'lamin...