twitter
rss

** Dlm pd sibuk, smpat jgk mkn angin di Melaka(bersempena reunion high school malacca batch'99). Fahim@Bayview Hotel Melaka

Tak tahu nak cite mcmna tp mmg penaaat sngt. Hampir 3 mnggu 'bekerja' menyiapkan pembentangan, akhirnya semalam da selamat pun…Alhamdulillah, Berjaya juga diharungi dengan izin dan pertolongan dariNya…Semalam tidur awal, dekat2 jam 10mlm. Tahu2 je En Hubby kejutkan utk bangun solat subuh! Sabar jer laa! Sepanjang 21 hr berpuasa, ada la termiss sahur sekali ritu, tp puasa dapat diteruskan though still breastfeed Fahim. Tapi this time, hari ni, my body couldn't stand anymore! Terasa lapar sngt, smpai nak angkat Fahim pun rasa x larat, ditambah lenguh2 1 badan menyerang!



Fahim pula bila tahu hari ni umi dia sorang je jaga dia, asyik nak 'mamam' je..memula merengek2 pastu brtukar smpai ke tahap nangis kuat2 sbb susu bdn x cukup. Mcmna nak cukup, dah termiss sahur, x dpt minum dari jam 10 mlm semalam, liquid yg diperlukan utk transform mnjadi susu of course la berkurang, ditambah kepenatan mental dan fizikal yg melimitkan lagi proses penghasilan susu dlm bdn, akhirnya, ku miss jugak puasa tahun ni…Sedihnya,…ingatkan dapat penuh mcm last year. En Hubby minta berbuka supaya isteri dan anak dia selamat..huhu, dia takut aku terpengsan pulak kat rumah time dia tkde pi keje.

Last year punya puasa, time tu Fahim da around 3months+++ dlm perut…Tapi mmg gigih la nak teruskan berpuasa walaupun morning sickness yg agak heavy (mujur x smpai tahap masuk wad)…Morning sickness time sahur je, time puasa OK pula, Fahim mcm faham je waktu siang umi dia nak puasa...huhu.

Gembira rasanya bila hasil yang kita usahakan dengan sebaik mungkin diterima. Walaupun byk kekurangan here and there tp maklumbalas yg diterima akan digunakan sepenuhnya utk memperbaiki dan 'merapikan' lagi phd stages ni. Masih banyak lagi yg perlu dipelajari dan diperdalami. Ilmu yg ada sekarang ni terlalulaaaa kecil (dlm size piko kot…huhu) klu nak dibandingkan dengan ilmu ALLAH ni.

Anyway, nak credit bantuan mak dan En Hubby tersayang sepanjang tempoh 3 minggu yang kritikal ini, hanya Allah jua yg mampu membalas…Tak lupa jg abah yang sudi 'meminjamkan' mak utk berada di sini bagi menjaga Fahim..Masih x dpt nak cari babysitter yg baru…Tmpat lama, Fahim x dapat sesuaikan diri, maybe sbb hantar jarang2, tu yg dia mcm x selesa bila berada kat tmpat yg lain selain drpd rumah sewa kami ni…huhu

Fahim with Abi's friends

Semoga ALLAH mempermudahkan urusan akhirat dan dunia kami sekeluarga. Ya ALLAH, berkatilah segala usaha kami….Amiiiiin

*sekadar gambar hiasan -->

Apa kene mengena 2 sept ni dgn aku? Selain menjadi hari terakhir utk fahim berumur 5 bulan 30 hari (mesti nk kaitkan dgn fahim…aiihhh..=D ), 2 sept adlh hari utk aku buat presentation kedua dpn SVs ku..uhuhuhu…Presentation ni kira penting gakla utk aku dan SVs sbb hasil drpd presentation ni akan digunakan utk buat Grant proposal…huhu…Masa,… sungguh cpt kau berlalu…tak boleh ke ubah system 24 j/sehari kepada 48 j/ sehari? Masa ni sesuatu yg relative. Kalau ikut pd pembacaan aku dan ditafsirkan oleh pemahaman aku yg x seberapa ni, dalam Al-Quran ada menyebutkan perbandingan masa…tak ingt pula exactly nisbah yg disebutkan dlm Al-Quran tp analogi yg aku boleh berikan lebih kurang mcmni la: 1 hari di akhirat : 1000 hari mengikut perhitungan kita. Ini analogi la, yg sebetulnya boleh tanya pd ustaz2 or En. Google…I need more time…(ßalasan ke ni? Aihhh..)

Honestly, 3 weeks are not enuff for me to find those info. related to my Ph.D stages. Seriously, maklumat yg ada very limited. UKM Library x subscribe SPIE, so aku kena subscribe under personal subscription, mujur ada special consideration rate, murah je la byrnnya…10USD with one free online journal. Yg ni aku ambil Biomedical Optics Journal. And then, add another 45USD for Optical Engineering Journal. Maklumat yg aku perlukan x banyak ada di IEEE, springer dan Elsevier…Buat phantom ni biasanya Optical Engineer, photonics expert dan seumpama dengannya …tp tkpe, benda baru bagi aku, aku suka nak belajar…(ß positive…positif…positive)

Roughly, ada 5 stages yg perlu aku buat; 1. Modeling of light interaction through tissue 2. Instrumentation Development 3. Phantom Development 4. Animal Model and 5. Human Testing (Clinical testing). Setiap stage ada cabarannya tersendiri yg perlu ditangani secara berbeza. Setakatni, yg aku rasa paling pening utk difikirkan ialah Probe Design. A few options that can be adopted but not sure which one are suitable sbb kene buat modification sikit. Utk phantom pula, aku cuma consider utk buat wet phantom, tp cabarannya terletak samada nak gunakan real blood circulation ataupun ink-water solutions. Animal model pula, nak kena isi animal ethic form dulu, nk kene survey menatang apa yg boleh 'dikorbankan', then kena attend workshop berkaitan animal handling. Cabaran utk modeling pula lain. Kena try simulate in 3D tp sblum tu, nak kena survey pula optical software yg boleh digunakan spya boleh dibeli. Paling murah jumpa 2500USD itupun utk single-license. "Prof, cukup tak duit geran sebelum ni utk dulukan pembelian software ni?" uhuhuhu

Jgn berundur sebelum mencuba! Walaupun hasilnya nanti tk seberapa tp kalau aku delay tunjuk dpn diaorg, mcmna nk tahu kekurangan2 yg perlu ditambah, betul tak?





Dah lama dah teringin nak tengok teater dgn En Hubby sbbnya dah boring tengok movie kat cinema. Last time masa CUCI The Musical dipentaskan, saya and En Hubby nak tengok tapi sbb time tu kami tinggal berasingan menyebabkan susah sikit nk curi masa utk tengok teater tu. Lepas tu, masa pementasan NATRAHpun nak tngok gak. Teringin sngt nak tgok Maya Karin lakon live tp tgh preggy masa tu, so taknak la Baby Fahim terdedah dgn benda2 mcmni; not good for him. But this time, bila CUCI The Musical dipentaskan buat kali kedua and kitaorg dah live together-gether, mmg tak lepaskan peluang!



Kebetulan En Hubby saya ada kenalan yg kerja di Istana Budaya(IB), so dptla tiket yg boleh consider sbg free la jugak sbbnya member tu tak ckp pun kena byr berapa kat dia. Huhu. Anyway, sambung balik pasal CUCI The Musical Season 2 ni. Storyline sama mcm Season 1 dan juga movie dia EXCEPT this time, ada NABIL gantikan AC Mizal. Lakonan mereka2 semua tu sngatla mantop ok dan nampak natural sngat! Puas hati la dgn outcome lakonan diaorg. Kami tgok hari Sabtu lepas. Siap ada Datuk Sri Mukhriz tgok sekali tp dia duk kat seat VVIP la, tp xde la jauh sngt dr seat kami tu. Then, ada Adibah Nor yg dtg bagi support. Season 1 dia ada berlakon tp Season 2 ni, watak dia digantikan dgn Jac Vic. Nak amik gambo ngan Kak Adibah tp biasalah, i ni kan malu-malu miaw, so duk senyum2 kat dia dr jauh jer lah. Hehe.

Ada satu lagi pementasan pasal Che Det, after Ramadhan. Nak tgok Erra Fazira jd Tun Hasmah dan Esma Daniel jd Tun Mahathir. "En Hubby sila berusaha dptkan tiket utk saya yee! Heeeee".

Byk kali saya beritahu dgn En Hubby,"Kalaulah En Hubby pilih jd engineer kat IB instead of Muzium Negara, mesti sy seronok sbb dpt tengok teater selalu! Tiket teater kan mahal!" Tau tak apa En Hubby jawab? "Boleh je tp sanggup ke nak abg kerja sabtu ahad, weekdays pulak smpai umah jam 12 or 1 tghmalam? IB cuti tanpa teater bulan Ramadhan jer, hari2 lain fully occupied!" Oh Nooooo, saya sngt x sanggup! Huhu.


 


 



Tak salahkan kalau kita nk menikmati kegembiraan kerana berjaya menyiapkan kerja sebelum waktunya,…kerana masih dapat menjaga anak sendiri,… kerana usaha kita dihargai?! Ya, saya nk menikmatinya selagi boleh…! =DDD

Hanya En.Hubby dan Allah sahaja yg tahu bagaimana saya cuba menyiapkannya dalam keadaan sekarang ni! Thanks abg for sharing your brilliant idea! Tak sia-sia En. Hubby ambil kelas RC (Rekacipta) masa di Mrsm Jasin dulu. =p

Alhamdulillah,…Alhamdulillah,…Alhamdulillah! Perjumpaan dengan Prof. tgh hari tadi pun sngt positif. Sangat gembira bila Prof. menghargai apa yang saya lakukan. Hasil kerja yg biasa saje tapi bila diterima rasa semakin bersemangat!

"Prof, sila marah saya jika saya terleka!", itulah kata-kata gurauan saya pd Prof.tadi Walaupun dalam nada bergurau tp saya benar2 maksudkannya! Prof., terima kasih di atas kata-kata semangat yg diberikan. Saya faham tajuk ni tak semudah yang dilihat, tapi saya akan berusaha melaksanakannya! Sangat sangat la gembira kerana saya sudah ada mentor!=D Dan yg paling best lagi, saya dapat jaga sendiri Fahim Amzar sekurang-kurangnya hingga dia berumur 6 bulan (Sbb belum ada kekosongan tmpat di lab lagi)! Yeay!

Kejayaan sahabat-sahabat lain (Dr. Afandi, Dr. Amzari, K.Yus dan Abg Nan…) akan saya jadikan sebagai dorongan utk kaki ini terus melangkah lebih jauh dan semakin laju!



Perjalanan masih awal
lagi.
Anida, keep your momentum on the right track!

Jgn tersasar!


Picture source: Internet



Itu la pertanyaan yang kerap kali ditanya pd saya bila diaorg tahu yg saya tgh sambung belajar lagi.

Mencabar in bracket susah. Actually, org lain yg selalu tnya mesti guna perkataan susah instead of mencabar. Perkataan susah tu nampak negative sngt, tp bila tukar kpd mencabar, baru nampak positive sikit. Dan, saya selagi boleh tak nak katakan benda tu susah. Ianya tak susah pun, cuma memerlukan kesabaran yg tinggi dan semangat yang kuat utk melaksanakan tanggungjwb yg diamanahkan oleh ALLAH.

Kalau ada sesiapa kata tk mencabar, nampak sngt membohongnya kan? The truth is memangla mencabar. Nak-nak lagi bila ank masih baby lagi, baru 4 bulan 3 mnggu, masih menyusu badan 'agak sepenuhnya'( tak dpt nk kata sepenuhnya sbb dah dua kali bagi formula milk masa kat Taska =( ) dan masih dijaga sendiri; hantar taska baru 2 kali. Huhu. Sudah bersuami, mestilah kena layan suami, makan, minum, pakaian etc. Tapi kalau belum kahwin pulak, cabarannya tentulah berbezakan? Yang tu saya dah rasa masa undergrad dan buat masters. Tak byk benda nak fikirkn or risaukan,can totally concentrate on study!
B A H A G I A? Tentulah tapi seriously, takkan rasa sebahagia bila dah kahwin dan punya anak! Rasa bahagia skrg lebih bermakna sebab kita boleh sharing cabaran even sweeter, the victory with suami/isteri dan anak-anak selain drpd parents kita!

Motivasi saya telah kembali semula! Alhamdulillah...Tp saya sedar dan amat mengenali diri saya berkenaan hal2 motivasi diri ni. Hubungan motivasi dan saya ibarat roller-coaster! Cuma satu saya pinta dr Ilahi; "tetapkanlah hati ini untuk terus beruasaha dan berkatilah setiap apa yg saya lakukan". Amiiiin. Buat sahabat2 lain (Eno, En Affandi, Liza, Wani, Anas, Syarfa, Suriana, Omar, Hairol Jabbar) yg turut sama berjuang di landasan PhD ni dan yg akn menyusul tidak lama lg (Fizah Mahri, Izza, Nini, Yati, Ansar, Shirley, K.Fizah, Vicki dan lain2 lagi), semoga kita semua dikuatkan semangat dan iltizam utk menyudahkan pengajian dgn seribu satu kejayaan!!! Amiiiiiin! NB:Sungguhpun seperti roller-coaster, saya akan cuba hadapi dengan senyuman!=)


 


 


Picture source: Internet and own's collection



Ribut mana ntah yg dtg menjengah semalam, saya tetiba rasa down! Dr. motivasi pergi conference kat oversea agaknya sbb tu lah saya tetiba hilang arah sekejap! Prof da bgtaw clearly what should I do first tp bila saya study previous student (kini merangkap sbg co-SV) punya kerja, saya terus jd down and demotivated!

Anida, stop comparing yourself with others!

Prof Fauzi ckp, sepanjang perjalanan buat PhD ni, pasti kita akan menangis. Dia sendiri mengaku yg diapun menangis. Tp aku, awal2 perjalanan pun da menangis dah! Huhu =((. En. Hubby saya sngtla memahami. Boleh baca riak muka saya yg sngt berubah (walaupun saya cuba mengawalnya sebaik mungkin dr kelihatan di wajah ni). Bbrpa kali tnya, saya ok ke tak? Saya sangaaatlaa tdk ok abg! Huhu.

Mlm td, En. Hubby memotivatekan saya semula...Lega rasanya slps dpt meluahkan dan berkongsi apa yg saya rasakan..fikirkan dgn En. Hubby tersayang...TQ by! Moral support dr abg, akn menguatkn lg langkah kaki ini! Bila lihat muka fahim (buah hatiku), saya cuba bangkit semula dr perasaan negative ini...Umi akn berusaha syg!


Anida, Ingat balik matlamat asalmu!


 


At the end of the class, Prof Fauzi gave us the assignment. 2 pages worth of new idea! It can be anything; we can write or even draw to portray the concept of the new idea! He explained 1 example: "Bendable concrete".

The idea was formed back then in '92 by his SV and later on became a reality around 2002. After his SV proposed this topic to be as a PhD research, none of them care and brave enough to take that challenge. Why? Because they thought it was impossible to do that and it was like gambling your life to do something that would not worth you anything at the end of the PhD journey !

O K.--> New Idea. Pleaaaaseeee,..come to meßboleh ke mcmni?



picture source: Internet

Punyalah cemas kami dibuatnya! Cari punya cari punya cari, tp x jumpa! Aku minta abg stay dgn fahim, biar aku ygg cari! Lihat muka abg, walaupun dia cuba berlagak tenang, namun riak cemas tetap ada.. Rasa bersalah sangat! Aku yg beria-ia mengajak abg pi Floria festival di Putrajaya, alih-alih jadi mcmni! Ya Allah, sgt rasa bersalah sampaikan aku rasa nak menangis masa tu jugak! Tengok pula Fahim dalam stroller yg terlena nyenyak, menambahkn lagi rasa kasihan dan bersalah aku pd si kecil ituUmi dia yg beria-ia sngt nk tgok bunga-bunga, Fahimnya terpaksala ikut sama! huhu

Aku minta lg abg tekan button alarm sound supaya senang kami nk locate arah. Tapi cubaan demi cubaan abg, tk mndtgkn hasil. Tak dengar apa2-pun! Menyirap darah gemuruh aku! Aku yg dah memang gelabah, bertambah-tambah jadinya! Tp abg x mati akal, dlm kerisauan dia cuba mengawal keadaan, bersikap tenang dan sangat la professional klu nk dibandingkan dgn keadaan aku masa tu!

Abg memanjangkan leher melihat sekeliling. "Tunggu sini dgn Fahim. Abg nak tengok arah sana". Aku angguk, akur.

Abg balik semula dgn senyuman. Aku? Aku apa lagi, rasa nk peluk laki aku time tu jgk!

"Kat sana la yang". Huwaaaaaaaa, lega gila aku dgr! Ingatkan ben-10 kene r****k! Tak sanggup nk sebut perkataan ituh! Nauzubillah!

Moral of the story : Lain kali, klu park kereta, cam betul2 tempatnya especially bila keluar time malam2! huhu

ben-10: is my hubby's precious car's nickname…hehe


Ya Allah, betapa rindunya aku kat dia, si kecil yg masih belum mengenal dosa, si kecil yg masih tidak mengetahui apa-apa ttg dunia luar, si kecil yang aku kandung dan bawa selama 38 minggu dan 5 hari!

Sob3...Buat kali keduanya, aku n hubby hntar Fahim ke taska. Sepertimana kali pertama dulu, berjurai-jurai air mata aku jatuh masa dlm kereta. Walaupun aku punya kesempatan untuk menjaga Fahim sehingga umur dia 4 bulan lebih, tp still sayang ibu pd anaknya menyebabkan amat sukar utk aku melepaskan dia. Hubby kata aku sbg uminya perlu kuatkan semangat! BETUL! Hubby kata lagi, akukan tgh smbung belajar, bukannya aku bazirkan masa buat perkara yg sia-sia. BETUL! Dan hubby cuba menceriakan aku dgn kata-kata perangsang yg lain.( Terima kasih abang!) Moral support dr hubby mmg amat diperlukan tetapi kesedihan aku melepaskan anak sendiri pd jagaan org lain tidak akan hilang sebegitu mudah!

Perkara yg paling aku tekankan pd teacher td ialah supaya tengok2kan Fahim selalu takut2 dia terjaga sbbnya dia tgh tidur masa aku tnggalkan tadi. Sejak dah bijak meniarap ni, bangun tidur jer, klu terlambat dalam seminit nk jengok dia, confirm da meniarap dah. Aku cuma risau bab muka dia tu. Fahim suka sngt licking permukaan lantai ke, tilam ke, apa2 lah yg ada kat bawah dia. Satu lagi, of course la psl safety dia. ? Ya Allah, KAU lindungilah anak ku dari sebarang bahaya dan kecuaian manusia. Amiiiiin!

Mcmmana la reaksi Fahim bila bangun tidur nnt. Celik mata, bukannya umi dia yg dtg tp stranger! Huhu, ciannya buah hati umi ni. Sob3...Last time hantar, dia da bangun, hisap2 penumbuk tgn dia tu. Masa tu, serah kat teacher, x takutpun, nangis pun tak. But this time, since he gains ability to flip his body, is there any possibility that his brain also developing to some extent; that he can now differentiate between familiar faces and strangers? Since, hari ni aku ada kelas dr jam 5 hingga 8mlm, bermakna dekat 13 jam lebih aku takkan ketemu buah hati aku ni! LAMANYAAAAAAAAA! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan...

Fahim Amzar, masa tanpamu di sisi umi, akan umi gunakan sebaik yg mungkin! Tetapi yg pasti dan akan selalu ada sungguhpun kamu berada dekat sekali dgn umi ialah RINDU!
Umi
RINDU
kamu! Always....


Bukan wang yang aku peningkan!!....TETAPI kelas...yaa kelas RM...Research Methodology....hukhuk

Kelas mula jam 5pm until 8pm and yg 'bestnya' hari Jumaat lak tu! Dulu time kerja, hari Jumaat laa aku tunggu sbb nak 'chow' dr UTHM balik KL jumpa hubby..Mujurlaa skrg da live together-gether...Mmg trend kat Msiakan, kelas post-grad ni buat time-time mcmni? Masa aku kt QMUL dulu, kelas postgrad buat 2 hari, Tue and Thurs, so sesiapa yg bekerja tu, mmg akan dapat pelepasan khas dr majikan masing2. Dah mmg majikan diaorg yg hntar, so mmg WAJIB la bagi pelepasan tu kan?

Pd pendapat aku la, bagus jugak kelas RM ni disediakan semula utk student postgrad especially kes khas mcm aku, yg dah laaaamaaa sngt berehat dari belajar ni. Last kelas RM yg aku pergi bulan Okt last year. Anjuran UKM gak. Nsb baik Unit Cuti Belajar luluskan application aku utk join sbbnya, dia org akan minta staf join RM course yg dikonduk oleh UTHM jgk! Tp pd aku la, best lg kot join RM course yg dianjurkan oleh university lain.

Sebabnya, 1. Dpt suasana baru! UKM buat kursus RM kat Concorde Inn, Sepang. Makanannya sngt heaven utk aku yg tgh mengandungkan Fahim Amzar masa tu 2. Dpt kenal kwn baru. Aku jumpa org yg sama profesion mcm aku tp bidang yg berbeza-beza. 3. Dpt jumpa Prof2 yg kita x pernah kenalpun 4. Bila time present, tkde la nk malu2 sngt sbb present dpn org yg kita kenal sekali tu je, in case klu salah ckp, da x jumpa lagi dah lepas tu, melainkan klu ada jodoh tuk ketemu...hehehe

Dan utk kelas esok ni, aku baru perasan yg Prof yg akan mengajar aku sok adalah Prof yg sama jadi panel time aku present kursus RM di Concorde Inn. Aku sure la dia tak leh nk cam aku dah sbb first; last time aku agak 'muk' sikit, maklumla bwk baby dlm perut and 2nd, ada byk lagi yg prof tu nk kene ingat selain daripada nk ingt cam muka aku ni...!=)


 


 

Saya sangat gembira dapat sambung Ph.D kerana:

  1. Dapat tinggal sama-sama dgn suami saya! =) (Slps sthun lebih PJJ..=()*


     


  2. Saya dapat jaga Fahim tersayang! =) (mmuuuaaah mmmuuuaahh)*


 

  1. Dapat tinggal di Bangi. Bangi sngt BEST! (banding dgn Prt Raja...huhu)*


     


     

  2. SV saya sngt baik (so far laa...hopefully berterusan...Amiiiiin)*


 

  1. Saya sudah bersedia utk belajar semula!*


     


     

    Anida, jgn putus asa!

Ada a few things yg aku nk beli utk melengkapkan lagi keperluan Ph.D ni. Antaranya, kamus elektronik. Saje nk try guna yg tu lak. Nk cari yg siap ade suara utk correct pronunciation. Selain utk aku guna, boleh gak baby Fahim guna skali! =)

Selain tu, nk beli rak buku. Tiap2 bulan mesti beli 1 or 2 buah buku tp xde tmpat nk letak nicely. Rak tu semestinya la akn digunakan utk meletak folder2 berkaitan dgn journals/articles.

What else eh?!

Oh ya, nk beli buku pasal signal processing tp blom survey lagi. Nak baca utk tmbahkan pengetahuan. Walaupun kat internet byk tp aku sebenarnya suka old-fashion sket. Huhu.