twitter
rss



Lama rasanya tak ber’blogging’. Sabtu ni da mula masuk tahun 2011. Wow cepat betul masa! Aku kira-kira, enam bulan pertama pengajian akan berakhir 4 Januari akan datang. 20 Disember baru ni, pendaftaran pelajar baru dan lama untuk semester 2 2010/2011. Jadinya aku sudahpun selamat memasuki semester 2 pengajian PhD. Aku rate perjalanan PhD aku agak perlahan untuk 6 bulan pertama ni tapi sekurang-kurangnya satu conference paper sudah siap ditulis, menunggu pembetulan daripada SV dan Co-SV. Bukanlah pencapaian yang seharusnya dibanggakan tapi menyuntik semangat untuk bekerja lebih gigih lagi!
Di UKM, ada syarat baru buat pelajar yang mendaftar bermula tahun 2009 untuk membolehkan bergraduasi: 2 journal + 2 conference papers perlu dihasilkan bagi pelajar PhD dan 1 journal + 1 conference paper bagi pelajar sarjana! Hoho, nasib baik minta 2 kalau universiti lain contoh macam di Jepun, kalau tak silap nak lebih daripada tu. Bermulanya semester baru ni, semakin banyaklah kerja-kerja yang perlu dilakukan. Aku dah mula kena buat hardware+software applications. Modeling aku kira dah selesai buat masa ni. Boleh tutup buku bab tu sekejap. So, semester ni, tumpuan aku pada optical sensors, virtual instrument dan real blood phantom. Owh sungguh banyak kerja perlu dibuat untuk tahun 2011 ini!
Fahim pula 3 Januari ni cukup 10 bulan. Dah tambah lagi umur anak bujang aku ni! Tapi aku still tengok dia kecil je. Hahahaha. Mak-mak memang macam tu, anak da besar panjangpun dia rasa macam baru semalam beranakkan dia! Yups, itulah perasaan aku sekarang, baru faham kenapa dulu mak aku selalu treat kami adik beradik macam anak kecil!
Yang bestnya, pengakhiran 6 bulan pertama aku ni ialah satu presentation dalam group meeting 4 Jan ni. Hoho. Sangat berdebar nak dengar 'hentaman' soalan daripada budak-budak foreigners ni. Selalu bagi killer questions! Permudahkanlah segala-galanya Ya Allah! Amin.

0 comments: