twitter
rss

Okay, aku nak luahkan rasa hati ni. Sebelum tu, apa-apa yang aku cerita di sini hanyalah pandangan dari mata hati aku dan di tambah 'perisa' oleh sumber-sumber lain yang tak perlu disebutkan di sini. Rasanya aku pernah beritahu pasal conspiracy theory yang aku sangat 'sibuk' nak baca tu. Perkara ni bersangkut paut dengan gerakan "Freemason". Tak perlu lah aku jelaskan di sini apa menatang Freemason ni sebab sumber internet dan majalah Mastika even PancaIndera (tarikh lupa daaa tapi awal tahun 2010) pernah salin semula luahan seorang anak muda berkenaan kebimbangannya terhadap pengaruh gerakan Freemason dalam elemen hiburan (AJL 2009) especially menerusi rangkaian TV No.1 Malaysia ni. (Ok, why suddenly i become too serious about this matter?!)

Sebabnya aku rasa macam ada kaitan dengan projek PhD aku ni. (Am i worried too much?) Hell, NO! (Ok..ada la sikit..huhu) Agak-agak korang pernah tak terbaca mana-mana naskhah nukilan Dan Brown? Aku tak pernah tengok Da Vinci Code tapi aku pernah tertengok Angel and Demon (siaran HBO). Jadi tertengok sebab dalam tahun ni aku ada terbeli novel terbaru Dan Brown The Lost Symbol so automatiknya aku terasa nak tahu apa agenda yang cuba disampaikan oleh Dan Brown dalam karya kedua dia sebelum ni. Walaupun tengok tak habis, aku mula faham betapa kuatnya pengaruh Freemason ni dalam kehidupan kita tanpa disedari oleh kita sendiri. Macam aku kata tadi, aku tak nak komen apa-apa pasal apa dakyah Freemason ni, tu korang cari sendiri la kalau nak tahu.

Berbalik pada kaitan PhD aku ni. Aku dapat lihat pengaruh illuminati dalam bidang akademik itu sendiri. Macam mana kaitannya tu, aku cerita di lain entry. Ada hal pula tetiba

0 comments: